Cara Membuat Olahan Kari Ikan Kering

Hasil gambar untuk Kari Ikan Kering

Bahan-Bahan Membuat Kari Ikan Kering:

1 paket ikan kering rendam dan toskan.
1 genggam udang kering – rendam air panas dan kisar kasar
5 pelepah daun kari
6 batang lada kering, digunting dua
10 sudu makan pes bawang besar
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu makan pes bawang putih
1 jari halia, dititik
4-5 biji tomato – setiap satu dibelah 4
4 sudu makan rempah kari ikan (rempah serbuk)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus (jintan putih)
1 sudu makan serbuk jintan manis(jintan kasar)
1 sudu makan serbuk lada putih (yang dikisar sendiri)
4 cawan air
2 biji lada hijau dan 2 biji lada merah – dibelah dua jangan putus
1 batang karot – dikupas kulit dan dipotong bulat-bulat
2 biji terung – setiap satu dibelah 4
Beberapa biji kentang kecil, kupas kulit
10 batang kacang panjang, dipotong 4 cm panjang
1⁄2 cawan kacang parang, direndam dalam air dan direbus sehingga empuk
3 sudu makan asam direndam dengan 1⁄2 cawan air dan ditapis
1⁄2 cawan susu atau santan (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Cara Memasak Kari Ikan Kering:

1) Panaskan minyak didalam periuk dan tumis lada kering sehingga meletup-letup. Masukkan pes bawang besar dan tumis selama 2-3 minit. Masukkan pes bawang putih dan halia titik, dan tumis lagi sampai naik aromanya. Masukkan tomato dan masak lagi selama 5 menit. Masukkan semua rempah serbuk beserta 2 cawan air. Kacau rata. Tutup periuk, kecilkan api dan masak lagi selama 5 menit. Selepas 5 menit, buka tutup periuk, kacau rata dan biarkan mendidih selama 2 menit lagi. Tuang lagi air. Gaul rata dan masak sampai mendidih.
2) Barulah dimasukkan karot dan kentang. Setelah kedua-duanya setengah masak, masukkan kacang parang, air asam, dan santan/susu (jika mengunakannya). Biarkan mendidih lagi, kemudian masukkan ikan kering, udang kering, lada hijau dan merah dan kacang panjang. Mendidihkan lagi sehingga ikan dan sayur-sayurannya lembut.

Artikel Menarik Lainnya:  Cara Membuat Sup Ikan Masak Kemangi
Summary
recipe image
Recipe Name
Cara Membuat Olahan Kari Ikan Kering
Author Name
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
79 Views
No ratings yet.

Please rate this